Mesin Basuh Mini Mickey

Mesin Basuh Mini Mickey

Mesin Basuh Mini Mickey





Hari ini babah berasa sungguh gembira.

Alhamdulillah, Allah mendengar doa babah.
Doa supaya anak kesayangan babah
dapat melanjutkan pelajaran ke menara
gading. Tiada perkara yang lebih gembira
buat babah daripada melihat anak babah
gembira. Babah tahu segala usaha, penat
lelah Ayuni terbalas. Babah rasa bagai mahu
canang satu dunia tentang kejayaan Ayuni,
satu-satunya puteri babah. Tapi babah tanu,
Diam Ayuni membawa seribu satu makna
bagi babah. Wahai anakku sayang, babah
tahu Ayuni tidak mahu berjauhan dari babah.
Ayuni serba salah untuk meninggalkan babah
seorang di sini. Ayuni bimbang keselamatan
babah, takut babah keseorangan. Wahai
permata hati babah dan umi, jangan risau
puteriku. Babah boleh menjaga diri, babah
tidak akan keseorangan kerana Allah sentiasa
ada bersama babah. Pergilah anakku, capai
cita-citamu. Doa babah selalu mengiringi
Ayuni walau di pelosok mana Ayuni berada.
Pembacaan Ayuni terhenti tatkala mendengar
bunyi telefon bimbitnya. Bola matanya
tertumpu pada nombor yang tertera di skrin
telefon bimbitnya. Dahinya dikerut sedikit.
Butang hijau ditekan.

"Assalammualaikum," Ayuni memulakan
bicara.

"Waalaikummussalam... boleh saya
bercakap dengan Cik Ayuni?" tanya suara
di talian.

"Ya ... saya Ayuni. Siapa di sana?" balas
Ayuni mahu kepastian.

"Saya Dr. Zakhrul. Doktor yang merawat
babah cik," Oh, doktor muda yang mengenyit
mata itukah? Dada Ayuni berombak kencang.
Teringat kata-kata doktor itu dahulu 'Jika
ada perkara penting barulah dia akan
menghubungi. Apa yang penting kali ini?'

"Ada apa-apakah yang berlaku pada
babah saya?" tanya Ayuni resah.

"Saya harap Cik Ayuni boleh datang ke
hospital sekarang. Babah cik Ayuni kritikal
sekarang," balas doktor muda terse but
dengan nada serius.

"Ya Allah babah," rintih Ayuni.

Kedengaran esakkan kecil di hujung talian.

"Saya harap cik Ayuni banyakkan
bersabar. Ajal maut semua di tangan
Yang Maha Esa. Yang penting pada waktu
sekarang, Cik Ayuni harus berada di sam ping
babah Cik Ayuni," pujuk Dr Zakhrul.

"Baik doktor. Saya ke sana sekarang,"
jawab Ayuni langsung bergegas ke hospital.

Airmata

J Ayuni melangkah masuk ke dalam wad

babahnya. Sesusuk tubuh terbaring kaku di
atas katil. Babah masih menggunakan alat
bantuan penafasan. Air mata Ayunijatuh
tatkala melihat keadaan babahnya. Tangan

134 I Februari 2013

Mungkin Ayuni segen
hendak bercente dengen
babah. Semasa Ayuni
putus ante, umijuga
tempet dia mengadu.

Bahu umi menjadi temper
dia bersandar ...

babah dipegang dan dahinya dikucup
lembut.

"Babah ... bangun babah. Babah jangan
tinggalkan Ayuni. Ayuni perlukan babah di
sisi Ayuni," pinta Ayuni teresak-esak. Air
mata yang gugur membasahi pi pi dikesat
lembut. Kerusi ditarik berdekatan babah.
Ayuni membuka beg tangannya mencari
sesuatu yang penting di dalamnya. Buku
berwarna kuning keemasan dikeluarkan. Itu
diari babah. Diari yang menyimpan seribu
satu cerita suka duka babahnya. Ayuni
menyambung bacaannya.

Q4~OKfc)6erZOll

Isteriku ... esok puteri kita akan menerima
segulung ijazah. Hanya Allah sahaja yang
tahu betapa gembiranya hati babah.
Kesyukuran babah panjatkan kepada Yang
Maha Esa. Babah bangga dengan puteri
babah. Tahniah sayang, babah tahu ini juga
impian umi yang melihat Ayuni tersenyum
girang di atas pentas sambil memegang
segulung ijazah. Jangan risau Ayuni. Babah
tahu umi juga gembira dengan kejayaan
Ayuni. Walaupun umi tidak berada di
sam ping kita tapi semangat dan doa umi
sentiasa mengiringi dirimu, wahai anakku.
Tersenyumlah wahai buah hatiku sayang.
Tersenyumlah untuk esok. Jangan risau,
babah sentiasa di sisi Ayuni.

Umi,jujur babah kata yang babah tidak
tahu bagaimana hendak menjaga Ayuni.
Babah takut ... takut babah tidak dapat
menjalankan tanggungjawab sebagai ibu
dan ayah bagi Ayuni. Babah tidak boleh
menjadi seperti Umi. Ya ... babah sedar ada
perkara yang hanya boleh anak-anak kongsi
dengan ibu meraka. Hebatnya kuasa ibu.
Babah akui itu umi. Babah masih ingat lagi
sewaktu Ayuni mula mengenal cinta antara
lelaki dan perempuan. Babah faham jiwa
remaja. Remaja seusia Ayuni yang ingin
men cuba sesuatu yang baru. Pada ketika
itu, bukan babah yang menjadi tempat
Ayuni luahkan perasaan tetapi seharusnya
pada umi. Mungkin Ayuni segan hendak
bercerita dengan babah. Semasa Ayuni
putus cinta, umi juga tempat dia mengadu.
Bahu umi menjadi tempat dia bersandar.
Dari situ babah tahu yang umi segala­
galanya buat Ayuni. Memang babah yang
menyediakan barang-barang keperluan

Ayuni, tapi umilah tempat Ayuni berkongsi
segalanya.

Aku hanya mampu berdiri kaku tanpa
berkata-kata di saat doktor memberitahu
bahawa aku mengidap penyakit jantung.
Pada saat itu bukan diriku yang aku fikirkan
tetapi puteriku, Ayuni. Sagaimana hidupmu
tanpa babah? Siapa yang akan menjaga
makan minummu wahai puteriku? Tatkala
itu hanya doa yang aku mampu panjatkan
kepada Yang Maha Esa supaya umurku
dipanjangkan agar tugas menjaga Ayuni
dapat aku jalankan. Namun, andai ini yang
telah tertulis. Andai ini takdir Yang Maha
Kuasa, aku redha dan aku terima dengan
hati yang terbuka kerana aku sedar tiada
yang kekal di dunia ini. Bila tiba saatnya
kita yang bergelar hamba akan kembali
akan bertemu dengan Maha Pencipta.
Tiada apa yang aku pinta saat ini, hanya
beriku kesempatan untuk bersama puteri
kesayanganku. Ayunilah kekuatan babah
untuk terus berjuang.

Diari kepunyaan babah ditutup. Ayuni
mendekati babah. Satu kucupan hangat
singgah di dahi milik babahnya. Tubuh
babahnya dipeluk erat bagai tidak mahu
dilepaskan.

"Babah ... jangan tinggalkan Ayuni.

Babah juga kekuatan Ayuni untuk terus
berjuang. Ayuni janji bila babah bangun,
kita akan pergi melancong bersama. Kita
akan habiskan masa bersama. Bangun
babah ... ." rintih Ayuni.

"Sabah adalah ibu dan ayah yang
terbaik buat Ayuni. Babah adalah anugerah
yang terindah buat Ayuni," pinta Ayuni lagi.

Tubuh babah dilepaskan. Hanya

doa yang mampu Ayuni panjatkan buat
babahnya. Air mata Ayuni berlinangan
membasahi pipi gebu milik Ayuni.

"Ya Allah ... Kaulah Tuhan semestar
alam. Pemilik Yang Agung. Kau berilah
hamba Mu ini peluang untuk berbakti
kepada insan yang telah banyak berkorban
untukku," mohan Ayuni.

Jari jemari kepunyaan lelaki yang
terbaring di atas katil tersebut bergerak­
gerak. Ayuni tersentak. 'Ya Allah ... Kau
lah Tuhan Yang Maha Besar, terima kasih di
atas rahmatMu.' Ini mungkin peluang yang
diberikan kepada kami.

"Babah ... , Ayuni akan sentiasa bersama
babah walaupun hanya seketika. Ayuni
janji kita akan habiskan masa bersama
dan kenangan tersebut Ayuni mahu babah
coretkan di dalam diari milik babah. Diari
tersebut akan Ayuni bacakan untuk anak­
anak Ayuni kelak. Ayuni akan ceritakan
tentang babah. Insan terhebat yang pernah
hadir dalam hidup Ayuni. _

0 Komentar untuk "Mesin Basuh Mini Mickey"

 
Copyright © 2014 Beli Borong Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info