Pam Elektrik Tilam Angin

Pam Elektrik Tilam Angin

Pam Elektrik Tilam Angin






Penggemar yogurt

Menurut pelakon yang membintangi
filem Haq ini, Snogurt menawarkan yogurt
sejuk beku dengan pelbagai peri sa. Di
outletnya, pengunjung boleh memilih di
antara lapan perisa yang disediakan dengan
variasi 'topping' yang enak.

"Farah memang sukakan yogurt.

Apabila ke Singapura, Farah dan suami
pasti mengunjungi sebuah outlet yogurt di
sana memandangkan ketika itu belum ada
perniagaan yogurt sejuk beku di Malaysia.

"Rasanya yang enak, malah ia pemanis
mulut yang berkhasiat. Baik untuk
membantu memberi keseimbangan dalam
kitaran usus man usia. la juga bertindak
secara langsung kepada penghadaman dan
sistem imunisasi tubuh," katanya sambil
memberitahu pada hari pertama meskipun
agak lewat acara pembukaannya iaitu dari
jam 5.30 petang hingga 11.00 malam,
sambutannya sangat luar biasa.

"Begitulah sehingga tiga bulan pertama.

Jualan sangat menggalakkan, mungkin
kerana Snogurt baru diperkenalkan dan
masyarakat pula suka mencuba sesuatu
yang baru. Hingga sekarang, jualan di
tahap yang baik, terutamanya di cuti hujung
minggu dan cuti umum." katanya yang
tetap datang ke outletnya setiap hari bagi
memantau perjalanan perniagaan.

Bisnes bersama ibu

Ternyata keseronokan menceburi bidang
perniagaan rnendorong Raja Farah untuk
mempelbagaikan cabang perniagaannya.
Terkini dia mengusahakan perniagaan secara
dalam talian dengan memperkenalkan Raja
Farah Collection.

"Jika Snogurt, Farah usahakan bersama

bulan beroperasi ini merupakan kerjasama
Farah bersama ibu. la menumpukan kepada
busana muslimah seperti jubah, blaus dan
seluar yang mendapat permintaan yang
tinggi hari ini. Namun berbezanya, setiap
pakaian itu direka sendiri oleh Farah dan
ibu. Oalam masa yang sama, kami juga
menerima tempahan.

"Untuk perniagaan ini, Farah banyak
menguruskannya sendiri. Farah mencari
pembekal, menghantar material kepada
tukang jahit dan membuat penghantaran
melalui pos kepada pelanggan.

"Walaupun masih baru, tempahan yang
terima cukup menggalakkan. Pernah Farah
menerima tempahan sebanyak 30 pasangan Walaupun rasanya masam, yogurt memberi

pakaian sehan. Munqkin ra jurnlah yang kecil banyak faedah kepada kesihatan.

bagi sesetengah orang tetapi bagi Farah
yang masih baru ini, Farah rasa bersyukur,"
katanya yang turut menyertai jualan di bazar.

Perlu selektif

Ternyata kerinduan Raja Farah terhadap
bidang lakonan tidak dapat dibendung
lagi. Yakin bahawa perniagaannya dapat
diuruskan dengan baik, dia mulai menerima
tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.

"Tahun 2013 adalah masa yang sesuai
untuk Farah kembali aktif. Perniagaan
Snogurt sedang berkembang dan ayah
banyak turun padang untuk menguruskan
perniagaan tersebut. Buat masa ini, Farah
sedang menjalani penggambaran 'Firdausi
Cinta', terbitan Suhan Movies yang bakal
bersiaran di RTM1 sebanyak 13 episod.
Selain itu, Farah juga menjadi pengacara
program bual bicara 'Soal Wanita' untuk
siaran lV AI-Hijrah.

"Bagaimanapun Farah perlu selektif.

Farah tidak mengambil tawaran lakonan
yang melibatkan tempoh masa yang panjang
dan lokasi yang jauh. Jika bukan disebabkan
perniagaan yang perlu diberi perhatian,
Farah tetap mengutamakan rumah tangga.

"Tidak seperti bidang pengacaraan,
komitmennya tidak tinggi. Untuk sekali
rakaman, ia melibatkan dua hingga empat
siri sekali gus. Ini memudahkan Farah
membahagikan masa," tambahnya.

Mendirikan rumah tangga pad a 12
November 2010, tentunya Raja Farah
tidak dapat lari daripada memperkatakan
mengenai cahaya mata. Ujarnya melalui
pemeriksaan doktor mengesahkan dia dan
suami tidak mempunyai sebarang masalah
untuk mendapat zuriat. Namun segalanya
bergantung kepada rezeki Allah SWT.

"Farah dan suami tidak pernah berputus
asa. Kami tidak pernah merasa terdesak,
mung kin kerana Farah merupakan 'public
figure' membuatkan ramai yang ingin tahu
sama ada kami merancang keluarga.

"Farah tidak sesekali berkecil hati atau
merasa terluka, sebaliknya bersikap terbuka
dan menyerahkan kepada takdir," tuturnya
yang mencuri masa untuk melakukan hobi
menyelam bersama suami.

Bagaimanapun baru-baru ini timbul
kekecohan mengenai hubungannya dengan
suami yang dikatakan menghadapi masalah
rumah tangga gara-gara status dikirimkan
melalui laman sosial. Mengakui kesilapan
tersebut berlaku daripada pihaknya, Raja
Farah berharap para peminatnya mendoakan
yang terbaik untuknya.

"Memang silap Farah kerana menulis
status tersebut di Twitter tetapi ramai yang
telah tersalah anggap.

"Akibat dari itu, Farah dimarahi oleh
keluarga dan mereka meminta Farah
lebih berhati-hati selepas ini. Farah
cuma manusia biasa. Tidak lari
daripada melakukan kesilapan dan
Farah terleka. Farah mengharapkan
peminat mendoakan yang terbaik
kepada rumah tangga Farah dan
begitu berterima kasih kepada
peminat yang memberi nasihat serta
sokongan. Bagaimanapun Farah
bersyukur kerana hubungan Farah
dan suami bertambah erat selepas
kejadian tersebut," ujarnya.

0 Komentar untuk "Pam Elektrik Tilam Angin"

 
Copyright © 2014 Beli Borong Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info