Tilam Kereta Online

Tilam Kereta Online

Tilam Kereta Online






Komen orang ramai

Kurang hargal bahasa sendiri

Berkenaan topik iru,
Sara Naquia Hanim Sha­
haruddin turut melem-

parkan pandangannya

secara peribadi. Jelas

ibu kepada Iqbal Dinie
Mohd Redza, masalah
anak keliru bahasa tidak
timbul. Apa yang menjadi
sebabnya ialah sikap ibu
bapa serta masyarakat
itu sendiri yang kurang
menghargai bahasa ibunda
sendiri.

"Seorang ,anak yang didedahkan
kepada bahasa Inggeris, Mandarin,
Arab atau apa sahaja sedari kecil pasti
mahir mengenai tatabahasa dan selok­
belok bahasa berkenaan setelah usia
meningkat dewasa. Jika tidak, individu
yang berkomunikasi dengannya tidak
akan faham mengenai apa yang
diperkatakan. Begitu jugalah dengan
Bahasa Melayu. Memandangkan ia
adalah bahasa ibunda maka peng­
gunaannya sering dipandang enteng.

"Kebanyakan orang kita gemar
mengambil mudah akan penggunaan
tatabahasa serta susun atur ayat
berkenaan. Lebih teruk lagi apabila ibu
bapa sendiri kurang arif untuk menge­
ja atau menyebut perkataan yang mudah
kerana sudah terbiasa dengan bahasa-

bahasa luar. Sebagai

contoh, Bahasa Melayu

yang sepatutnya diguna dan
dieja dengan betul mulai
bertukar kepada bahasa
pasar. Ejaannya tak usah
cerita kerana sesetengah
darinya berpendapat itu
adalah satu fenomena
yang biasa. Malah ibu bapa
sendiri tidak meletakkan
itu sebagai satu masalah
yang besar kerana hati

telah 'dipagar' oleh bahasa-bahasa

antarabangsa.

"Sebagai masyarakat Malaysia yang
prihatin, bahasa ibunda perlu diangkat
dengan mempelajari susur galur serta
kesesuaian penggunaannya. Bukan saya
menolak terus untuk belajar bahasa luar
tetapi biarlah kita betul-betul mahir dengan
'warisan' sendiri. Ibu bapa terutamanya,
perlu didik anak-anak agar benar-benar
faham bahasa ibunda yang mana jika
salah penggunaannya perlulah dibetulkan
dengan segera. Sepertimana bahasa
Inggeris atau bahasa-bahasa lain, apabila
mendengar bunyi atau penyusunan ayat
yang janggal maka sudah pasti cepat
sahaja pembetulannya sampai. Mengapa?
Kerana malu jika didengar atau diketahui
oleh orang lain sekiranya anak mula
berkomunikasi. "

Anak bijak bila
belajar banyak
bahasa

"Pada saya, ibu
bapa yang mem­
perkenalkan bahasa
asing selain bahasa
ibunda kepada
anak-anak mereka
adalah satu lang­
kah yang bijak.

Apa tidaknya, dari kecillah anak

itu perlu didedahkan tentang pelbagai
jenis ilmu kerana otak kanak-kanak masih
'segar' untuk menerimanya. Seperti yang
diketahui, bahasa Inggeris adalah bahasa
antarabangsa sekali gus bertukar menjadi
keperluan di zaman yang serba moden ini.
Benar, ia dipraktikkan ketika perlu sahaja
tetapi tidakkah anak itu harus belajar juga?

"Dalam mendidik anak-anak, saya
lebih tekankan bahasa ibunda berbanding
bahasa luar. Biar mereka tahu, kenai dan
faham betul-betul bahasa sendiri sebelum
boleh 'berbangga' untuk berkomunikasi
menggunakan bahasa-bahasa lain.
dalam masa yang sama, saya sentiasa
menggalakkan anak-anak ini untuk belajar
banyak bahasa tetapi tidaklah sampai
menghantar ke kelas khas. Cukuplah
dengan membeli bahan-bahan bacaan
selain membawa mereka ke acara-acara
yang mempraktikkan bahasa tersebut
sebagai bahasa utama," kata Nor Rafidah
Mohd Hattar.

Pupuk minat sebelum dedah kepada bahasa asing

Soalan yang sama turut diajukan kepada Norrisya Sakban. Ibu kepada dua cahaya mata ini merasakan,
kebanyakan ibu bapa sekarang obses untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika atau sekolah yang
menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar. Kata mereka, dengan cara itu, anak akan lebih fasih
berbahasa sekali gus mudah menyesuaikan diri dengan apa iua keadaan.

"Perkara ini bag us tetapi ibu bapa janganlah sampai ke tahap seperti memaksa. Anak memang perlu
diberi kerana mereka hanya tahu menerima tetapi biarlah sesuai dengan umur serta penerimaan mereka.
Usah kerana terlalu mengejar cita-cita maka anak dijadikan mangsa. Maklum sahajalah, melihat anak orang
lain petah bercakap bahasa Inggeris, Arab, Mandarin dan macam-macam bahasa lagi pasti terbit perasaan
cemburu di hati.

"Mengajar boleh tetapi biarlah secara berperingkat. Pupuk minat anak sebelum terus
mendedahkan mereka kepada sesuatu yang baru. Lakukan perlahan-Iahan agar tidak menyesal
suatu masa nanti. Anak adalah anugerah yang tidak terhingga. Ibarat selembar kain putih, kita,
ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan dengan warna-warna kehidupan.t' a

... "Perkara ini begus tetapi ibu bapajanganJah sampai ke tahap
seperti memaksa. Anak memang perlu diberi kerana mereka
hanya tahu menerima tetapi biarlah sesuai dengen umur serta
penerimaan mereka. Usah kerana terlalu mcngejer ate-ate
maka anak dijadikan mangsa. Maklum sahajalah, melihat anak
orang lain petah bercakap bahasa tnggeris, Arab, Mandarin dan
macam-macam bahasa lagi pasti terbit perasaan cemburu di nett.:

0 Komentar untuk "Tilam Kereta Online"

 
Copyright © 2014 Beli Borong Malaysia - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info